BLOOMING ROSS RESOURCES merupakan sebuah syarikat milikan tunggal yang didaftarkan pada tahun 2022 di bawah akta pendaftaran perniagaan 1956 yang dimiliki oleh PUAN ROSLINA BINTI OSMAN
Syarikat ini menjalankan perniagaan produk F&B (Dessert, cookies & butter cakes). Aktiviti utama Syarikat ini pada masa kini adalah menghasilkan produk tart nenas, jem nenas yang kurang manis secara homemade dengan adunan dan resepi yang bermutu tinggi.
Selain itu, Syarikat ini juga menjual produk-produk seperti Butter Cake & Cookies dll.
Pihak kami juga menawarkan pakej produk untuk majlis-majlis harijadi, pertunangan, perkahwinan dan hadiah untuk tujuan korporat dengan produk yang bersesuaian dengan kehendak serta keperluan pelanggan.
Setelah penubuhan syarikat ini dan beserta pengalaman lebih dari 10 tahun yang ada, BLOOMING ROSS RESOURCES telah membuat beberapa perancangan dan strategi untuk melangkah lebih jauh dan yakin dengan potensi yang ada. Dengan ini Syarikat akan menggorak langkah lebih jauh dengan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk memenuhi citarasa pelanggan.